Skip to main content

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

 
Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua?

Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).

Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.

Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.
Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang. 

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL – kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein – kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu. “Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.

“Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung. “Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung. Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.

“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung). “Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.

Penyakit jantung; seperti penyakit jantung koronari, serangan jantung, kegagalan jantung kongestif dan penyakit jantung kongenital, adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Kita sering diingatkan bahawa paras kolesterol yang tinggi merupakan punca penyakit jantung. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa punca penyakit jantung adalah kolesterol.




Berikut merupakan rumusan untuk sebab-sebab penyakit jantung

  1. Faktor genetik
  2. Kekurangan vitamin B6 dan B12, anti-oksidan dan asik folik yang menyebabkan paras homosistein yang tinggi dalam darah.
  3. Paras kolestrol dalam darah yang tinggi.
  4. Melakukan kerja-kerja berat yang berterusan.
  5. Waktu tidur yang tak mencukupi. Biasanya waktu tidur yang cukup adalah 5 ke 8 jam mengikut peringkat umur anda.
  6. Selalu mandi di tengah malam. Elakkan mandi selepas jam 10 malam.
  7. Melakukan hubungan seks di dalam air atau ketika cuaca (udara) yang terlalu sejuk.
  8. Selalu berada di dalam keadaan kemurungan terutamanya untuk wanita.
  9. Bagi lelaki pula, elakkan daripada emosi marah menguasai diri anda. Mengikut kajian University College London, mereka yang panas baran dan mudah meradang lebih mudah diserang penyakit jantung koronari.
  10. Merokok secara berterusan.
  11. Penyalahgunaan ubat-ubatan
  12. Aneurisma (kelemahan pada dinding pembuluh darah).
  13. Kekurangan oksigen dalam darah. 

Oleh itu, setiap daripada kita bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Walaupun faktor genetik mungkin memainkan peranan penting untuk risiko penyakit jantung, kita masih mampu untuk mencegahnya dengan mengawal tabiat pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat seperti tidak merokok, selalu bersenam, elakkan daripada keadaan yang mendedahkan kepada tekanan emosi yang keterlaluan dan sebagainya.

CEGAH SEBELUM TERLAMBAT

Shaklee Independent Distributor
~Sya~
011-33558803

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...