Skip to main content

Lelaki hebat..lelaki yang sihat...



Bila sebut pasal kecantikan dan kesihatan, kaum wanita, isteri atau ibu sangat sinonim dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Namun begitu, lelaki, suami atau bapa merupakan hero kita. Selain menjadi tempat anak dan isteri bergantung, merekalah jualah yang menjaga dan mencari rezeki siang dan malam buat  menyara seisi keluarga. Oleh itu, penjagaan kesihatan untuk kaum lelaki juga merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kelangsungan hidup yang sihat.
Akibat kurangnya pendedahan atau sikap tidak ambil peduli, kaum lelaki juga terdedah untuk menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penyakit kencing manisobesiti, strok dan banyak lagi. Justeru kesihatan golongan ini tidak seharusnya dipandang enteng. Kaum lelaki juga seharusnya perlu mengambil cakna tentang masalah kesihatan yang sering dihidapi lelaki dan seterusnya mengambil langkah pencegahan awal.

Masalah Kesihatan Yang Sering Dihadapi Lelaki 

Berikut merupakan senarai masalah kesihatan yang merungsingkan kaum lelaki. 

  • Mati pucuk 
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga dan stamina
Sekiranya masalah kesihatan ini dibiarkan berterusan, ia boleh mengundang kepada masalah kesihatan lelaki yang lebih besar seperti kesuburan, jantung dan stroke.

Mati Pucuk 

Mati pucuk atau Erectile Dysfunction (ED)  adalah ketidakmampuan seseorang lelaki untuk mencapai tahap ereksi atau bertahan dalam waktu yang sesuai ketika melakukan hubungan intim. Antara penyebabnya ialah seperti penggunaan ubat ubatan, penyakit darah tinggi, kencing manis  dan badan yang letih. Namun punca utama kebanyakan kes mati pucuk ini ialah disebabkan oleh pengaliran darah yang kurang baik dalam pembuluh darah. Ini adalah akibat daripada mendapan kolesterol yang berkumpul di arteri yang akhirnya boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan strok. Malah mati pucuk merupakan antara petanda awal dua penyakit tersebut.

Pembesaran Prostat

Pembesaran prostat merupakan keadaan dimana kelenjar prostat iaitu kelenjar yang menghasilkan air mani menjadi lebih  besar dari kebiasaannya. Secara amnya ia tidak berbahaya namun keadaan ini akan membuatkan kencing menjadi tidak lawas akibat tekanan pada pundi kencing. Kekerapan boleh berlaku dengan peningkatan umur seseorang. Ini berpunca daripada paras hormon yang menurun dalam badan apabila seseorang lelaki meningkat umur.

Kelesuan, Kurang Tenaga dan Stamina

Disebabkan oleh aktiviti seharian yang sibuk ditambah pula dengan pengambilan nutrisi yang tidak betul, lelaki cenderung untuk berasa lemah dan kurang stamina. Ia bukan sahaja akan memberi kesan kepada fizikal, malah minda dan emosi juga akan menjadi penat. Masalah seperti ini boleh mendorong permasalahan lain dalam rumahtangga seperti pergaduhan dan perceraian.

 

Masalah Kardiovaskular – Sakit Jantung, Strok, Alzheimer

Menurut kajian satu daripada tiga orang lelaki mati disebabkan oleh sakit jantung. Timbunan kolesterol jahat LDL dalam salur darah menyebabkan terjadinya darah beku yang boleh menghalang pengaliran darah yang sempurna. Akibatnya, seseorang itu boleh mendapat sakit jantung, strok dan alzheimer.

Masalah Kesuburan

Masalah utama yang seringkali terjadi pada sperma lelaki ialah:
1) bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
2) sperma abnormal
3) pergerakan sperma (motility).  Pergerakan sperma bermaksud, ia hanya berpusing pusing disekitar kawasannya sahaja dan tidak berenang menuju ke ovum, sel telur wanita. 
4) Azoospermia, sperma yang sangat sedikit atau tiada langsung. 
Untuk mengatasi masalah ini, kaum lelaki seharusnya lebih peka dan perlu bersikap lebih proaktif untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Panduan dan info kesihatan kini juga telah banyak memperkatakan tentang pentingnya kesihatan lelaki. 

Set Shaklee Untuk Kesihatan Lelaki 

Set Shaklee Untuk Kesihatan Lelaki atau Set Men’s Vital Health Shaklee membantu membekalkan nutrisi yang terbaik untuk kesihatan lelaki dan kesuburan lelaki. Ia adalah produk kesihatan shaklee yang  khusus untuk kaum adam.  
Omega Guard Shaklee – mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu menyahkan kolesterol jahat dari sistem badan dan mencegah penyakit saluran darah seperti strok. Selain itu ia juga menguatkan sistem imun badan dan mengurangkan risiko kanser
 Vita-E Complex – Mengandungi 400IU dan Selenium yang membantu memulihkan kemampuan reproduktif lelaki. Pengambilan Vita-E yang konsisten boleh meningkatkan kiraan sperma mereka. Vitamin ini dikenali juga sebagai “vitamin seks” kerana ia boleh merangsang keinginan untuk bersama dan meningkatkan kelelakian
Zinc – Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal,low count sperm dan penyakit prostat. Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang juga mampu memperbaiki gejalakerap kencing, kencing tidak lawas dan mati pucuk
Tambahan (optional)
CoqHealth – Campuran semulajadi proprietari Coq10 yang berfungsi untuk membekalkan tenaga yang mencukupi untuk jantung berdenyut dan menambah kekuatan untuk mengepam darah. Ia juga menghalang oksidasi kolesterol LDL daripada melekat dan menyumbat salur darah. Selain daripada itu ia juga memberikan kecerdasan mental dan fizikal disamping meningkatkan kualiti sperma.
Sempena bulan oktober 2016, Shaklee telah menawarkan harga promosi bagi OmegaGuard yang merupakan salah satu produk dalam set kesihatan lelaki. Bagi isteri atau wanita yang sayangkan suami anda, apa kata anda hadiahkan set ini buat suami tersayang. Suami sihat, isteri pun bahagia bukan?
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Sya ye!!!

InsyaAllah sya akan bagi konsultasi yg terbaik utk anda..

~Sya~
011-33558803
Shaklee Independent Distributor

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...