Skip to main content

THE POWER OF DOA

Image result for the power of doa

Ok, sya nak cerita pasal "The Power of Doa". Cerita ni berlaku awal tahun ni. 

Masa tu memang ada perkara yang buat sya betul2 tertekan..Tertekan dengan seseorang yang sedikit berpengaruh..memang kawan2 pun tahu ape yang berlaku.

Bila tertekan tu..macam2 kita akan fikir untuk keluar dari masalah ni kan..ade yang logik dan ade yang tak logik 😂😂😂 dan ada yang memerlukan keberanian luar biasa. 

Nak dijadikan cerita..masa tu sya ada meeting kat tingkat berlainan daripada ofis. Awal2 dah sampai bilik meeting.Tapi, takda orang pulak. Rasanya takdela awal sangat, cuma kebetulan orang lain belum sampai. Then terfikir nak balik ofis nak ambik laptop, boleh buat keje sambil2 tunggu meeting start..
Bila balik ofis, tiba2 terdengar 'si polan yang berpengaruh' ni buat cerita tak best kat kawan2. Mula la rasa down sangat2. Hati ni dah membengkak sangat..masa tu jugak berdoa dalam hati, aku mesti jugak jumpa Dato' K (bukan nama sebenar) untuk bagitau perkara yang sedang berlaku ni. At least Dato' K ni lagi berkuasa daripada si polan tu.

Lepas ambil laptop, terus keluar ofis naik lif nak pergi bilik meeting. Anddd...you guest what? Bila pintu lif terbukak, sya ternampak Dato' K dalam lif. Sorang2. Masa tu dah menggigil. Mase tu jugak Allah jawab doa aku. Pastu berkira2 nak cakap ke tak. Sebab biasanye kalau jumpa Dato' ni memang tak berani nak tegur.

Terfikir..ITS NOW OR NEVER? 

Pastu dah tak fikir panjang...terus tanya. Dato', are you free today? May I see you?

Terkejut Dato' tu..dalam plak die tenung sya (maybe sebab terkejut kenapa minah ni nak jumpa aku..😂😂😂). Lif plak dah terbukak sampai kat level yang dia nak turun. 

Sambil tahan lif, sambil dia cakap..OK, I think this afternoon I'm quite free.

Ya Allah..betul2 Allah nak lorong jalan masa tu. Benda berlaku dalam sekelip mata walaupun sya just berdoa dalam hati, dalam minda separuh sedar.

Alhamdulillah pertemuan pada petang itu dipermudahkan. Dan sya ceritakan semua yang terbuku di hati. Dan Alhamdulillah, dia take note apa yang sya sampaikan haritu. And yet, i got to know that i'm not the first person telling him about this.

Walaupun masalah ni belum sepenuhnya selesai, TAPI sya sangat yakin..kalau kita berdoa pada masa dan waktu yang tepat, ALLAH akan makbulkan. Dan mungkin masa ni, sya dikira antara orang yang teraniaya. Dan betul, doa orang teraniaya memang tiada hijab untuk dimakbulkan.

Sebab tu..sentiasalah berdoa tak kira masa. Kita tak tahu waktu bila doa kita akan diangkat.
Kerana ALLAH tu MAHA MENGETAHUI.

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...