Skip to main content

Leadership Workshop - Help others to help others

Image may contain: one or more people and text

 

To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!)



Nak tau Kamilah cakap apa?

 Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt..

Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...


 Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita nak sungguh2, Allah akan bukak jalan. Walaupun sya belum lagi kategori leader, tapi sya yakin sya akan supervisor jugak bulan ni. Dan sya dah selangkah ke arah tu..Tapi tiba2 takleh nak decide lagi sebab nak tanya husband dulu.. Biasanya husband sya akan busy hujung minggu jumpa client...biasala, agen hartanah kan..nak bawa client tengok rumah hujung minggula biasanya..kalau dia jumpa client, kena discuss la siapa nak bawak siapa (sebab ada 2 princess kat rumah yang super duper aktif!!!). Hehehe

3/10/2018, lepas discuss ngan husband..sya terus register. Sebab kamilah cakap tinggal 7 seat je lagi. So, sya kena cepat. Dan...tadaaa...Alhamdulillah sya berjaya jugak join. So, bawaklah si bijak Rania sorang...kakak Hanis duduk ngan daddy...thanks abang tolong jagakan Hanis..semoga Allah murahkan rezeki abang jual rumah juta2...amin..


...the day begins..

Iolls ni kalau bawak kereta tak sesat tak sah kan...dah waze jumpa depan2 De Palma Hotel Ampang, tapi sudahnya tak tau nak parking mana..so, terlajak sampai ke depan. Bak kata pepatah, terlajak kereta boleh diundur..nasib baik boleh pusing (tapi jauh kot..). So, I park la depan Ampang Point. Nasib baik Ahad, so taklah risau parking suka hati kan...

Ok, kemudian masuklah ke Bilik Kasturi. Masa tu program dah start. Yela..terlajak punya pasal kan..Haha..Masa mula² rasa kerdil je diri ni sebab mereka semua orang² hebat. Tapi, kalau kita nak berjaya, YES mereka inilah yang kita perlu dekati. Dekati orang2 hebat untuk kita jadi hebat.

************************************************************************************************

The "I" in the team

***************************************************************************

Nak jadi LEADER, think like a LEADER. Ni adalah topik dalam sesi pertama. Its all about how MINDSET can affect your ACTION!! Untuk berjaya, kami perlu letakkan dalam mindset bahawa kejayaan itu mudah dicapai. Sesi ni dikendalikan oleh Master Aizan (Former Senior Engineer at Petronas Chemical Group (PCG)


Sesi pertama bersama Master Aizan



Bersama para leader ketika leadership workshop di De Palma Hotel, Ampang

Kemudian, kami belajar mengenal personaliti dan potensi diri sendiri. Bagaimana personaliti kita mempengaruhi cara kita bertindak dan berfikir.

Dua kaedah yang digunakan untuk personaliti test ni ialah "Myers-Briggs Type Indicator" (MBTI) dan "The Belbin Test."

Secara ringkasnya, MBTI ini adalah soal selidik laporan diri introspektif bertujuan untuk menunjukkan perbezaan bagaimana seseorang itu melihat dunia di sekeliling mereka dan membuat keputusan. Manakala, The Belbin Test ini pula adalah ujian yang dijalankan untuk mengenal sikap seseorang. Selain itu, ianya juga dikenali sebagai Belbin Self-Perception Inventory, Belbin Team Role Inventory, BSPI atau BTRI.

Terakhir, kami diberi tugasan berkumpulan. Masa ni sya rasa best sangat2. Sya pernah attend program leadership lain sebelum ni. Tapi sangat² berbeza. Sebelum ni, sya diajar untuk serlahkan sifat leadership dalam diri masing². Tapi di sini, kami diajar untuk take ownership dan bekerjasama untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Its totally different.

  Untuk pengetahuan korang, kami hanya diberi masa selama 10 minit untuk menyiapkan 45 buah kereta. Sebahagian kami ada yang bawak baby, ada yang pakai high-heels..terkejar-kejar kami menyiapkan tugasan. Dan kami berjaya menyiapkan 24 buah kereta (termasuk 2 defect) pada pusingan pertama. Pusingan kedua, kami menukar strategi untuk menambah pengeluaran kereta. Dan kami berjaya menyiapkan 68 buah kereta (KPI yang ditetapkan hanya 45 buah). HEBAT kan kami?

Menurut En. Hanafiah yang merupakan fasilitator kami sepanjang workshop ni, kami adalah kumpulan kedua yang dapat menghasilkan 20 buah kereta dalam pusingan pertama.


 This is officially the second group that we facilitated which had produced more then 20 cars in just ***the first round***.
Both these groups are actually business owners; hence the mindset of a business owner and a worker is definitely and totally different.



 Akhir sekali, banyak yang sya belajar daripada Leadership Workshop ni.

Dalam bisnes SHAKLEE, 
- we learn to be responsible
- we learn how to help others
- we learn how to be motivated
- we learn how to be SUCCESS and bring SUCCESS to others

Seronok sangat..walaupun sya bekerja dan basically my job is meeting people, BUT meeting the business leader is totally AWESOME!!! Aura mereka ni lain macam betul. 

Bersama Sparkle group - white & purple ladies..                  

Hope to have this chance again.

This video is dedicated to all leaders in Shaklee..created by Master Athirah



Berminat untuk sertai kami, jom wasap sya
http://bijaknutrisi.wasap.my
 Syakirah
Founder of D'Qaireena Beauty Spa




Comments

  1. hai kak syakirah. salam perkenalan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam farah..suka tgok farah..cantik. shaklee effect sangat ni

      Delete
  2. Tq kak sya for sharing this from ur perspective sbg org yg mmg berkerja. Dan tahniah atas usaha akak tanya jgk mila kalau kalau blh join. Tiera doakan akak naik supervisor bulan ni!

    ReplyDelete
  3. Besttt sangat baca entry akk ni😘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...