Skip to main content

Confinement Lady vs Jagaan Mak


Selain memikirkan hospital terbaik yang sesuai dipilih untuk bersalin, persoalan sama ada mahu berpantang sendiri atau di kampung juga sering membelenggu kebanyakan bakal ibu yang menanti saat melahirkan cahaya mata.

Baik ibu muda yang baru pertama kali menimang cahaya mata atau yang sudah berpengalaman, kedua-duanya pasti mengidamkan waktu berpantang bukan saja selesa malah tidak mencetuskan sebarang masalah terutama pada emosi diri.

Ada pendapat menyatakan berpantang sendiri di rumah dengan jagaan suami dan bidan terlatih lebih baik dan tidak membebankan ibu bapa yang sudah uzur di kampung.
Namun, ada juga yang menyangkal pendapat itu dengan beranggapan berpantang adalah saat si ibu yang baru melahirkan bayi perlu berada di sisi dan dijaga sepenuhnya oleh ibu atau ibu mentua bagi memastikan diri terjaga rapi.

Hakikatnya, kedua-dua situasi itu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pemilihan cara berpantang ini juga bergantung kepada keadaan si ibu dan keselesaan masing-masing.Seperti yang kita sedia maklum, waktu berpantang sememangnya saat paling penting kepada wanita. Ibu perlu memikirkan cara paling sesuai dan memberikan keselesaan kepada diri serta bayinya dengan mengambil kira semua aspek berkaitan.

Perkara ini bukan suatu yang boleh dipandang remeh kerana ia memberikan kesan jangka panjang kepada si ibu sekiranya tersilap membuat keputusan. Berpantang sendiri di rumah dengan bantuan suami sememangnya mempunyai kelebihannya kerana ia turut memastikan si suami bersama-sama dalam proses berpantang serta tidak lepas tangan dan menyerahkan tugas itu kepada orang tua semata-mata. 

Namun, sekiranya memilih berpantang di rumah, paling penting si ibu dan bayi mendapat penjagaan daripada bidan terlatih sepanjang tempoh berpantang.
Bidan terlatih yang diupah untuk menjaga sepanjang tempoh itu akan memastikan si ibu dan bayi berada dalam keadaan baik dan pada masa sama, membantu proses penyembuhan.
Kini terdapat pelbagai pakej disediakan untuk membantu ibu berpantang termasuk penjagaan diri selepas bersalin, berurut, menjaga bayi, memasak serta mengemas rumah, bergantung kepada pakej dipilih. 

Situasi ini juga baik untuk semua pihak kerana ia secara tidak langsung tidak membebankan kedua-dua orang tua di kampung selain memberikan keselesaan kepada si ibu kerana dapat berpantang di rumah sendiri.

Tidak salah sekiranya pilihan dibuat untuk berpantang di rumah ibu bapa di kampung atau di rumah mentua, apatah lagi apabila ibu bapa masih kuat dan dalam keadaan kesihatan yang baik namun perbincangan perlu dilakukan terlebih dulu bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Berpantang di kampung halaman juga pada dasarnya sama kerana ibu perlu melakukan rutin sama iaitu berurut, bertungku, menjaga pemakanan serta perihal diri yang diuruskan bidan terlatih.

Peranan suami
Suami masa kini perlu lebih peka dan menambah ilmu mengenai penjagaan isteri selepas bersalin.Kebanyakan lelaki kurang pengetahuan mengenai cara menjaga isteri selepas bersalin dan ini sedikit sebanyak memburukkan keadaan. Namun, jika tidak tahu caranya tidak mengapa tetapi si suami perlulah membantu isteri dari segi lain terutama berkaitan emosi kerana ia amat penting dalam tempoh berpantang. 

Suami boleh membantu dengan melakukan tugas harian di rumah dan menjaga cahaya mata yang lain. Jangan sesekali membebankan isteri dengan menyuruhnya melakukan tugasan harian sama seperti sebelum berpantang dan berilah dia masa untuk berehat. Waktu berpantang ini amat penting kerana selain proses penyembuhan, emosi si ibu amat sensitif. Langkah terbaik bagi suami yang menjaga isteri berpantang di rumah, perlu mendapatkan bidan terlatih untuk sama-sama menjaga isteri dan anak yang baru dilahirkan.

 Image result for wanita penjaga pantang
 PERANAN suami penting ketika berpantang.

Namun sekiranya memilih menghantar isteri berpantang di kampung, seelok-eloknya ambil cuti panjang untuk berada bersama mereka sekurang-kurangnya seminggu selepas kelahiran. Jangan sesekali lepaskan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada ibu bapa di kampung tanpa membantu sedikit pun kerana ia pasti memberi kesan emosi kepada isteri.

Sekiranya tidak dapat tinggal di kampung dalam tempoh lama, suami perlulah lebih prihatin dengan sering menghubungi isteri dan ibu bapa di kampung. Sifat prihatin itu pasti dapat mengurangkan tekanan si isteri yang sering kurang tidur menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Apa juga pilihan dibuat, fikirlah mengenai keselesaan dan kesihatan ibu yang baru melahirkan dan si kecil tersayang bagi memastikan tiada masalah yang berlaku di kemudian hari terutama berkaitan kesihatan dan rumah tangga.

Panduan sekiranya memilih untuk berpantang sendiri
  • Menempah bidan terlatih atau tukang urut lebih awal bagi mengelak masalah tidak dapat bidan ketika waktu berpantang. Berbincanglah antara suami dan isteri mengenai tempoh penjagaan mengikut keselesaan dan bajet anda. Baca sini untuk Pakej Berpantang
  • Mengambil pembantu sementara sekiranya mampu untuk membantu pengurusan rumah seperti mencuci pakaian dan mengemas rumah, ini mungkin penting bagi satu hingga dua minggu pertama selepas kelahiran kerana anda belum cukup kuat untuk melakukan tugasan rumah. Namun sekiranya si suami mahu melakukan semua tugasan itu, pasti ia lebih menjimatkan dan menggembirakan.
  • Menghantar anak lain ke taska atau pengasuh jika perlu. Sekiranya anda mempunyai anak lain yang masih kecil, lebih elok dihantar ke taska atau pengasuh pada waktu siang. Ini bagi mengelak berlaku­nya tekanan sekiranya mereka meragam kerana kanak-kanak kecil masih tidak dapat memahami keadaan.
  • Membeli barang dapur secara berkala (mingguan atau bulanan) atau mengikut keperluan. Untuk tujuan ini, pastikan senarai barang yang hendak dibeli disediakan kerana ia memudahkan suami. Kini segalanya di hujung jari dan anda boleh membuat tempahan secara dalam talian saja.
Founder of D'Qireena Beauty Spa
011-33558803

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...