Skip to main content

Pakej Rawatan Selepas Bersalin





Assalammualaikum :)


Untuk pengetahuan korang,  Sya baru sahaja menamatkan Kursus penjagaan selepas bersalin sesi 2 bertempat HQ Shaklee Sunway Geo Tower hari ini anjuran akademi The Walking Beauty (TWB). Best sangat ! Dan secara tidak langsung ianya memberi peluang kepada kami ahli TWB untuk upgrade pakej spa ke pakej berpantang. Pengalaman yang amat menyeronokkan sepanjang kursus dijalankan. Dilatih oleh trainer yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang ilmu penjagaan selepas bersalin.

Untungnya kami hari ini, pihak penganjur telah menjemput Nutritionist Shaklee untuk memberikan Kelas nutrisi secara PERCUMA khas untuk ahli TWB tentang bagaimana Set postnatal Shaklee dapat membantu si ibu untuk mendapatkan nutrisi yang lengkap dan seimbang selepas proses melahirkan.

MODUS OPERANDI GABUNGAN KURSUS BERPANTANG TRADISIONAL DAN MODEN TWB

Objektif kursus berpantang anjuran TWB ini adalah untuk memberi kemahiran kepada setiap peserta TWB dalam membantu para ibu selepas bersalin.

Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan yang lebih kepada setiap ibu tentang pengetahuan dan kepentingan nutrisi yang cukup serta seimbang selepas kelahiran agar ibu sentiasa bertenaga, kembali sihat dan berjaya mengadaptasi dengan pengalaman baru (mempunyai anak kecil).

Ia adalah bertujuan bagi membantu ibu dalam mengahdapi beberapa isu selepas bersalin seperti :-

1) Ingin mendapat kembali bentuk badan yang ideal, sihat, menawan dan kembali seperti asal

2) Ingin memastikan tubuh badan dalam keadaan terbaik terutamanya bahagian intim, untuk kembali sembuh dan sihat selepas pelbagai proses yang dilalui ketika mengandung dan bersalin

3) Menangani penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan.


TEORI DAN PRAKTIKAL


Semasa kursus ini berjalan, setiap peserta didedahkan tentang  ilmu penjagaan selepas bersalin secara teori dan juga praktikal. Kami didedahkan tentang rawatan kepada ibu iaitu :

1) Cara urutan ibu hamil

2) Cara urutan ibu berpantang bersalin normal dan juga pembedahan.

Peserta juga diberi pengetahuan tentang perbezaan dua jenis urutan iaitu urutan pantang dan juga tradisional, dimana urutan pantang tidak dibenarkan untuk menyentuh bahagian-bahagian tertentu berbeza dengan urutan tradisional bagi mengelakkan berlakunya pendarahan kepada ibu, teknik sengkak yang betul dan tidak menyakitkan, teknik dan cara memasukkan tombong faraj yang terkeluar dan banyak lagi.

.

Kami juga diajar bagaimana cara untuk menghasilkan beberapa jenis minyak urut antaranya minyak urut rempah yang dimasak lama dengan beberapa jenis rempah yang bertujuan untuk membantu mengeluarkan angin dalam badan, boleh juga diamalkan Peppermint gingger plus Shaklee sebagai rawatan moden untuk melegakan angin didalam badan. Boleh dapatkan dari sya ya pengedar Shaklee anda.


Set kehamilan & berpantang shaklee


Peserta juga dikenalkan dengan beberapa jenis bengkung dan cara pemakaian bengkung mengikut step yang betul bagi ibu bersalin normal dan juga pembedahan.

Ha jangan tak tahu ibu yang bersalin secara pembedahan juga boleh memakai bengkung tetapi sudah tentu ada caranya.  Antaranya bengkung yang terkenal adalah :-

1) Bengkung tali kasut

2) Bengkung barut

3) Bengkung jawa.

Kemudian kami diajar pula cara bertungku menggunakan batu sungai.

Ia adalah bertujuan bagi memecahkan darah beku di sekitar rahim ibu. Kami diajar bertungku menggunakan batu sungai yang dibakar atas api kemudian dialas beberapa jenis daun dan dibalut dengan kain batik mengikut teknik yang betul supaya batu panas tadi tidak terkeluar semasa proses bertungku.

Nak balut pon ada caranya. Bertungku boleh dilakukan untuk ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi ada teknik  tersendiri juga, tidak boleh ditekan sebarangan.

Bertungku juga boleh dilakukan jika ibu mengalami bengkak susu. Caranya tekan perlahan sekeliling payudara sambil tolak perlahan keatas.

Selain itu kami juga belajar cara untuk BERTANGAS.

Terdapat dua jenis tangas, iaitu tangas kering dan tangas basah.

Inilah kali pertama belajar dan lihat sendiri cara bertangas. Terus rasa nak nak buat sendiri je kat rumah. Ilmu dah ada kan :) Wahh. Berharga betul ilmu yang dapat harini! Rasa bertuah sangat berada dalam team TWB :)

Ok kembali kepada tujuan bertangas. Bertangas adalah untuk merapatkan miss v especially bagi ibu yang bersalin normal. Sebaiknya ia dilakukan selepas kering darah nifas. Bertangas juga menggunakan batu sungai yang dibakar selama 10 minit, beralaskan beberapa jenis daun didalam periuk tanah, kemudian diletakkan batu sungai yang panas tadi dengan ramuan asam kunyit diatas batu. Aromanya sangat  wangi dan memikat hati. Hehe.

Kemudian ibu bolehlah duduk diatas kerusi tangas dengan memakai kain tebal separas ketiak hingga ke bawah menutupi kerusi tengas. Itu adalah tangas kering.

Macamana dengan tangas basah?

Tangas basah merangkumi seluruh badan seperti bersauna dan menggunakan ramuan herba moden produk Shaklee yang terbukti terbaik.

Akhir sekali, kami belajar cara PENGHASILAN PARAM DAN PILIS menggunakan gabungan bahan tradisional dan juga moden. Ini betul-betul mengujakan Mila! hasil bancuhan dari trainer TWB Puan Heni Yuni, beliau berjaya menghasilkan param dan pilis dengan menggunakan rempah-rempah terpilih dan juga beberapa jenis produk Shaklee, bahan-bahan ini digabungkan bagi menghasilkan param dan pilis yang sangat best dan berkesan untuk kegunaan ibu berpantang!

Inovasi menggantikan bahan-bahan semulajadi dengan produk Shaklee menjimatkan masa dan tenaga malah memberi kesan yang sangat baik kepada pemakainya. Korang rasa-rasa apa campuran produk Shaklee yang ada dalam param dan pilis ni? Nah tengok cara penghasilan param dan pilis moden dan tradisional ni.

Proses pembuatannya agak leceh kerana perlu menyukat dengan sukatan yang tepat. Jika ada terlebih atau terkurang bahan hasilnya param dan pilis itu menjadi kurang berkualiti.

Pada sebelah petang pula para peserta diajar untuk melakukan praktikal pelbagai jenis URUTAN.

Ia dilakukan di dalam bilik bertutup kerana semua peserta perlu berkemban untuk praktikal mengurut Rupanya ada cara untuk mengurut yang betul supaya badan kita tak cepat  merasa penat, point-point urutan badan, dan beberapa teknik serta pantang larang urutan ibu hamil dan juga berpantang diajar kepada kami.
.

Alhamdulillah kursus tamat pada jam 5:45 petang, terlajak masa sebab masing-masing rasa seronok bila badan kena urut free-free je. Hihi.

Terima kasih tak terhingga buat Puan Heni Yuni diatas tunjuk ajar dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada founder TWB Puan Ainul Shahrazad diatas inisiatif menganjurkan kursus bermanfaat seperti ini.

Secara kesimpulannya,  pakej rawatan selepas bersalin TWB merangkumi:
1) Bertungku
2) Berbarut
3) Bertangas
4) Pemakaian Param & Pilis
5) Berurut

Dan untuk anda yang ingin menyertai kami;

Berita baik kepada anda yang beminat untuk menyertai kursus berpantang Akademi The Walking Beauty, anda hanya perlu mendaftar terlebih dahulu pakej spa TWB RM1,999, dimana pakej ini menawarkan 5 jenis kursus iaitu

1)Sauna herba

2) Body scrub dan urut lulur

3) Face treatment & relaxing massage

4) Mandian aura susu

5) Spa cantik kaki dan tangan

Kemudian anda hanya perlu upgrade kursus berpantang dengan RM100 sahaja dan dingatkan harga ini sah untuk bulan September dan oktober sahaja.

Bermula November 2018 harga pakej akan naik kepada RM2,999 gabungan lengkap kursus mobile home spa dan juga kursus berpantang TWB. Boleh call atau whatsapp sya untuk maklumat lanjut.

011-33558803
Noor Syakirah Ibrahim
Trainer & beautician The Walking Beauty
Founder D'Qaireena Beauty Spa

Comments

Popular posts from this blog

Set Tekanan Darah Rendah Shaklee

Pernah ke anda terasa hendak pitam selepas duduk terlalu lama atau tundukkan kepala? Selain itu, pernahkah anda mengalami gejala seperti ini? # cepat lelah # pening kepala ketika posisi badan berubah # sukar untuk berkonsentrasi # mata berkunang-kunang # mual # kulit terasa dingin # pucat dan lembap # pernafasan cepat dan pendek # berpeluh sejuk # cepat haus Kalau jawapan anda adalah YA ini bermakna anda seorang penghidap hipotensi atau tekanan darah rendah. Pengalaman Sya apabila nenek Sya sendiri menghidap hipotension. Pada awalnya Chek (nenek Sya) menghidap tekananan darah tinggi dan kencing manis sejak bertahun lamanya. Apabila terlalu banyak consume ubat daripada hospital, Chek akhirnya disahkan menghidap buah pinggang. Ironinya, tekanan darah tinggi dan kencing manis memang hilang terus.  Suatu hari, Chek tiba2 tak sedarkan diri. Siapa tak takut kan? Dengan usia Chek dah mencecah 80an..kami memang rasa nak nangis...dan Dr sahkan Chek mengalami tekanan d...

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

Assalamualaikum …Selamat datang! Ibu-ibu sedang mencari-cari servis dan produk penjagaan ibu bersalin dan bayi? Tahniah kerana ibu-ibu sudahpun landing di page yang tepat! Sebab di sini terdapat pakej berpantang yang ibu-ibu sedang cari.  10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang The Walking Beauty (TWB) 1) Harga berpatutan Harga yang ditetapkan berdasarkan pakej yang diperlukan oleh pelanggan. Kami sedaya upaya mencuba untuk memuaskan hati pelanggan. 2) Therapist yang berpengalaman Untuk pengetahuan anda, therapist yang dikeluarkan oleh TWB telah menjalani latihan yang sewajarnya bagi memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. 3) Therapist di pelbagai negeri Untuk pengetahuan anda, therapist TWB berada di pelbagai negeri. Anda hanya perlu hubungi pihak kami untuk mendapatkan therapist yang berdekatan dengan kawasan anda. 4) Pakej Berpantang yang lengkap Dan kami juga menawarkan pakej penutup pantang dimana tujuan pakej in...

AKU, SUSU & OSTEMATRIX

Ok..nak cerita pasal Aku, Susu dan Ostematrix! 😄 😄 😄 Untuk yang mengenali sya, memang diorang tau sya ni memang sukaaaa minum susu daripada kecik. Sebab sya sangat yakin susu adalah sumber kalsium yang terbaik. Tambah² lagi sangat takut kalau dengar pasal Osteoporasis  Pernah masa darjah 6, sya pegi dentist nak tampal gigi. Masa Dr tengah tampal tu memang tak rasa apa². Sampai 2-3 kali Dr tanye awak tak sakit ke? Sya cakap tak.. Pastu Dr. bagitau gigi sya memang kuat sebab cukup kalsium. Sejak daripada tu sya sangat² yakin susu adalah sumber kalsium yang terbaik. Dan kalau boleh tak nak tinggal susu. Masa mengandung walaupun ada alahan sikit² pun Alhamdulillah sya masih boleh telan susu.  Ingat lagi masa mengandungkan anak first, Nur Hanis Qaisara. Husband sya sangat rajin beli macam² susu. Anmum, Enfamama dan macam² lagi la sebab bagus untuk ibu mengandung. Masa pregnant kan Nur Rania Qasreena pun sama. Memang masa mengandung sya akan min...