Skip to main content

Antara keluarga, bisnes dan kerjaya. Macam mana nak handle?

Bila sya rank up 2 bulan berturut-turut iaitu Supervisor Ogos 2020 dan Senior Supervisor September 2020, ramai yang PM sya mintak tips macam mana sya boleh uruskan kerja, keluarga dan bisnes dalam satu masa

So, untuk menjawab semua pertanyaan korang, harini sya nak share macam mana ibu berkerjaya dan mempunyai anak kecil, tapi masih boleh berjaya dalam bisnes?

Ok, sebenarnya tak mudah untuk balance kerja hakiki dan bisnes. Tambah lagi untuk ibu yang ada anak yang masih kecil dan menyusu. All have their own challenges. Tapi, kalau kita tau cara pengurusan masa yang betul, insyaAllah semuanya akan lebih mudah

Untuk sya, takdelah perkara luar biasa yang sya buat. Tapi, mungkin dengan 5 tips yang sya beri ni boleh jadi panduan kepada ibu-ibu di luar sana untuk bina kejayaan dalam bisnes walaupun masih bekerja

1) BERDISIPLIN
Dalam apa pun yang kita buat, mesti selalu disiplin dan tepati masa. Contohnya, sya akan bangun setiap hari jam 4.30 pagi untuk tahajjud, sediakan breakfast dan lunch. 

Selain niatkan dalam hati untuk dipermudahkan bangun awal pagi, korang kena juga usahakan untuk tidur lebih awal. Biasanya paling lewat sya akan tidur pukul 12. 

Ada juga yang tanya macam mana sya prepare bahan-bahan memasak? Sya just cakap, semua sya buat pagi tu. Untuk breakfast, kami memang suka makan berat. Biasanya sya masak bihun, mee atau kuetiau goreng, pasta atau pun burger. 

Breakfast ni biasanya anak-anak akan bawak bekal sekali, so memang masak banyak. Untuk lunch, sya akan masak simple je. Biasanya satu lauk je untuk senang sya sendiri bawak bekal dan makan masa lunch

2) FOKUS
Part fokus ni pun penting jugak. Dalam satu masa, fokus buat satu benda. Kat ofis, buat kerja ofis. Kat rumah baru start fokus bisnes. Tapi kalau ada masa lunch atau tea break, bolehla selit sikit urusan bisnes. Yang penting, jangan ganggu kerja hakiki. 

Kat rumah plak, boleh je sambil lipat baju layan wasap customer dan buat pembelian kat website. Ni la namanya bisnes di hujung jari 😉. 

Honestly, sya memang takde masa nak layan gosip-gosip atau cerita viral kat media sosial. Bila dah layan, skrol berjam-jam. Ganggu emosi pulak tu. Sedangkan masa kita 24 jam pun belum cukup untuk isi dengan banyak perkara berfaedah. 

Bagi orang bisnes, penting sangat untuk kita fokus kepada perkara yang positif bagi elakkan emosi kita terganggu. Macam mana rezeki nak masuk kalau asyik moody je kan 😅

3) BELAJAR BERBAGI DAN BERLAPANG DADA
Sya faham, ramai sangat ibu-ibu yang nak jadi superwoman, supermak atau apa-apa super lah. Kita ni sakitttt mata kalau rumah bersepah, lantai berhabuk, sinki penuh pinggan. 

Hah..masa ni la kena turunkan sikit takhta superwoman tu. Belajar untuk ajar suami dan anak-anak membantu dalam pengurusan rumah. Sya selalu cakap, rumah ni rumah kita semua. So, tanggungjawab untuk make sure rumah kemas tu tanggungjawab semua orang dalam rumah. 

Kadang-kadang untuk anak 5 dan 7 tahun tu, menyapu sampah memang susah nak sempurna. Tugas ibu, guide saje. Yang mana tak sempurna, kita touch up jela. Belajarla berlapang dada dalam memastikan diorang semua melalui proses pembelajaran secara positif. Kita pun, kalau buat kerja orang asyik complaint je, tentu saje muncung seribu kan? 😙

4) BE PUNCTUAL, BE BALANCE
Pernah tak korang rasa, kalau tak ikut plan masa ke tempat kerja, macam tak cukup masa kan? Kat ofis kami, dah mula praktikkan flexi working hours. Maksudnya, boleh pilih waktu kerja samada 7.30-4.30, 8-5, 8.30-5.30 atau 9-6. 

Macam sya, kebiasaannya sya akan amik pilihan 8-5. Tapi, bila ada hari yang sya lambat, terpaksa balik 5.30. Sya perasan, walaupun jumlah jam jadi sama, tapi sya rasa tak cukup masa. Rasa terkejar-kejar dan bila balik mesti penat walaupun beza masa hanya setengah jam. 

Actually minda kita dah proses untuk kita tetapkan waktu kita sampai ofis. Bila plan berubah, minda kita sekali lagi kena proses keadaan di mana perubahan waktu kerja yang mana kadang-kadang boleh jugak mengganggu emosi. Sebab tu rasa letih dan penatttt sangat walaupun beza masa hanya setengah jam. 

Sama jugak kalau kerja lebih masa. Kita dah kurangkan balance masa kita di rumah. Bila balik, rasa nak rehat je. Masa dengan family pun dah kurang

5) JAGA TERUMBU KARANG
Sedar atau tak, keluarga kita ialah terumbu karang kita. Bagi seorang ibu, kita banyak menumpang rezeki suami dan anak-anak. Sebab tu kena selalu jaga hati mereka untuk mudah dapat rezeki. 

Untuk jaga hati orang sekeliling, emosi kita sebagai isteri dan ibu juga kenalah stabil. Sebab tu pengambilan supplement pun penting untuk make sure tenaga dan nutrisi kita sentiasa cukup. Bila nutrisi cukup, emosi lebih stabil, hati banyak senang, bibir selalu senyummm 😍

'Love yourself first, you will love others eternally' 🥰

Jika letih, berehatlah. Jangan paksa diri. Sesekali, belajar untuk terima keadaan rumah yang bersepah bila anak-anak masih kecil. 

Tak perlu nak buktikan kepada sesiapa I am superwoman. Just do at your own sweet time. Pernah je sya balik kerja, mandi-makan-solat terus tidur. This is my me time. 

Lepas dah recharge, pukul 10-11 malam sya bangun kemas rumah, lipat baju atau apa-apa kerja rumah yang tertangguh. Kadang-kadang, masa ni lagi tenang sebab anak-anak dah tidur

Mungkin banyak lagi tips nya, tapi cukupla untuk 5 tips ni dulu. Bagi sya, apa pun rutin yang kita pilih, yang penting kita enjoy. Ada orang pilih waktu malam lepas balik kerja untuk masak.Untuk sya, sya memang tak pilih waktu pagi untuk masak sebab diri rasa lebih fresh dan jimat masa. Sebab malam sya just fokus untuk anak-anak dan bisnes je 😉

Paling penting, apa pun yang kita buat, berbaliklah kepada Pencipta. Bila kita ikhlas, kita akan rasa kemanisan sesuatu perkara. Allah is beyond logic. Percaya kepada Kun Fayakun Allah. Minta lah apa sahaja. Jika Dia kata jadi, maka jadilah. 

Boleh share jika bermanfaat 😘

Syakirah Ibrahim
Coordinator October 2020
Founder of HS Legacy

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...