Skip to main content

Berpantang tradisional vs moden? Mana satu pilihan hati?

Harini hari ke-46 Nur Hayfa Qistina lahir ke dunia, bermakna ibunya dah habis pantang secara formal (sebab byk lg ibu nak kena pantang ni walaupun dh lepas 44 hari 😂😂😂).

Wajah terkini Baby Hayfa

Actually, kalau nk cakap pasal pantang makanan berminyak, berlemak dll ni bukan lepas bersalin je, tapi setiap masa kena kawal. Kata orang, badan kita ni nak pakai lama. Dan memang makanan tu semua tak elok untuk badan. So, memang kena sentiasa kawal. 

Ok, nak bercerita tentang cara sya berpantang, sya memang pilih cara tradisional dan moden. Ramai jgk kawan2 datang melawat dan ramai jgk yg tegur cakap sya nmpak sihat dan ceria walaupun belum smpai seminggu sya bersalinkan baby Hayfa. Alhamdulillah..


Kalau nak ikutkan, sya start berurut dan bertungku pun hari ke-5 dah sebab sibuk berulang alik ke klinik bawak baby Hayfa check jaundice. 😭😭😭


Hari ke-7 masa buat Majlis Aqiqah,
still bacaan jaundice tinggi

Masa kawan datang melawat 



Dengan baby Hayfa plak prolong jaundice, so ibunya kena elakkan makanan panas2. Bukan stakat jamu, lada hitam, kunyit semua xleh makan.. 😢 Mmg tu nasihat Dr dan bidan jgk utk elakkan jaundice baby makin teruk. So, apa sya amalkan untuk penjagaan dalaman ialah of course vitamin shaklee. Yg penting amik vitamin c, zinc plus dan kalsium. Alfalfa kita tangguhkan dulu sbb mengandungi herba.

Set berpantang shaklee

Berurut memang sangat2 digalakkan bagi orang lepas bersalin. Mana tidaknya, bak kata orang, ibu bersalin ni berpuluh2 urat yang putus. Tak kurang jugak urat bersimpul. So, di sinilah kepentingan berurut. Nak betulkan mana2 urat yang bersimpul dan tegang masa bersalin. 

Bertungku pula menggunakan batu tungku yang dipanaskan atas api kemudiannya dibalut dengan kain dan diletakkan di atas badan berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan mengecutkan peranakan selepas bersalin. Biasanya bertungku dibuat sekali dengan berurut dan difokuskan di kawasan perut, paha dan punggung. 

Yang bestnye, hari ke-15 sya dah dapatkan berat badan sama sebelum sya pregnant (which means, iolls dah turun 10kg uolls 🤩🤩🤩). Tapi, tapi, tapi...jangan lupa, part yang paling susah ialah nak kecikkan lelemakss pada perut ni. Iolls dah 3x branak ni uolls, of course la lemak dah tepu. So, fokus sekarang ialah lost inch plak..

Selepas luka jahitan baik sepenuhnya (hari ke-15), sya mulakan rutin 'bersalai'. Salai ni ialah proses bersauna tapi dalam kaedah tradisional. Biasanya kami akan baring atas katil kayu yg mana bara api diletakkan di bawah (Kalau betul2 tradisional guna dapur arang. Sekarang guna dapur gas je sebab nak jimatkan masa 😂😂😂). Ni untuk memanaskan badan secara keseluruhan. Yang bestnya, bersalai ni dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Sebab pemanasan lebih sekata kalau dibandingkan dengan bertungku.

Katil bersalai

Kalau ikutkan orang dulu2, bersalai ni biasanya dilakukan pada waktu sebelum subuh dan petang menghala maghrib. Tapi sya dapat bersalai hampir 2 jam sehari sahaja. Maklumlah, ibu bersalin sekarang bukan macam dulu lagi. Ditambah baby Hayfa ni kerap terjaga waktu siang, so banyak masa difokuskan untuk baby.

Untuk kurangkan inci pada badan, banyak step yang perlu dilakukan. Selain berurut, bertungku dan bersalai, antara yang sya amalkan ialah:
1) Berbengkung
2) Senaman ringan
3) Konsisten jaga makan dan minum

Actually ni menu selepas hari ke-15, sebelum tu hari2 makan nasi panas, ikan panggang dan sup sayur je. Tapi sedap.. Iolls makan banyak.. 3x ganda daripada masa pregnant 😅

Berbengkung ni seeloknya dipakai sepanjang masa berpantang. Mengikut kata bidan, bila kita berbengkung dengan kemas (seeloknya bengkung tradisional), perut pun susah nak naik. Ni iolls derhaka sikit pakai bengkung moden. Awal2 je pakai bengkung zigzag tu.. Lepas tu dah pakai bengkung moden. Tapi memang pakai sepanjang masa la pagi, petang dan malam. Sebelum pakai bengkung plak kena letakkan garam, kunyit dan asam keping. Kata orang tua-tua supaya perut pejal, taknak bagi menggeleber.

Bila dah masuk hari ke-15 iaitu bila luka jahitan sembuh sepenuhnya, antara senaman ringan yang sya lakukan ialah senaman kagel yang sangat baik untuk menguatkan otot dan dalaman wanita. Selain itu, sya juga amalkan senaman sit up. Yela, fokus utama nak hilangkan belly fat 😂😂😂

Masuk hari ke-30, Dr sahkan baby Hayfa dah tak perlu follow-up untuk jaundice. Result darah dan air kencing baby Hayfa Alhamdulillah semuanya ok. So, memang ibu menarik nafas lega sangat2 lepas tu. Ibu pun dah boleh makan jamu, makan black pepper dan juga vitamin alfalfa.

Hari ke-31 ibu masih teruskan rutin pantang macam biasa sampaila hari ke-39. Hari ke-39 dan start travel jauh dari Pengkalan Kubor ke KL. Sebab masa ni je ada masa suami dengan Kak Hanis ada masa nak amik cuti. Hermm.. Penat jugakla sebab lame x travel jauh. Nasib baik dah berurut awal2 kat kampung sebelum balik haritu. Masuk hari ke-40, ibu dah start makan masam2 sikit, pedas2 sikit.. Buat syarat nak rasa. Bak kata nenek, kena jugak ajar sikit perut tu takut nanti jadi manja. And alhamdulillah, so far perut dah boleh terima.

So, sekarang ni walaupun dah habis pantang 44 hari, insyaAllah sya masih teruskan pantang ais dan pulut. Pulut maybe sampai 100 hari je kot sebab sakit urat. Ais ni, niat di hati nak pantang setahun, tp iolls xtahan godaan aiskrim camne ni uollssss 😂😂😂. Kalau air yg letak ais tu memamg iolls x heran sangat sebab bukan kaki minum ais. Aiskrim ni menggoda sungguh. Tambah husband suka sakat. Dalam peti dia dah beli 2 bekas aiskrim untuk anak2. Setakat ni iolls cuba je buat2 tak nampak menahan sabar. Anggap je dalam tu ada ikan frozen. 🤣🤣🤣

Okla.. Itu jela perjalanan pantang sya untuk baby ke-3 ni. Memang sya amalkan dua2 cara. Macam buah-buahan yg mana sya rasa x masuk kategori berangin, sya makan je. Penting untuk vitamin C. Satu lagi, kena try and error. Sebab untuk ibu menyusu, pantang makan bukan nampak kesan kat kita je tapi untuk baby sekali. Silap makan baby boleh kembung perut atau pun tercirit. Apa2 pun, ibu kena alert.

Ok.. Jumpa next entry.. Tata.. Titi.. Tutu










Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...