Skip to main content

Surirumah Highclass Income hampir Rm5k selepas 3 bulan join TWB

 
Kisah-kisah kejayaan ahli TWB ini Sya ambil dari sharing semasa Preview yang kami jalankan untuk memperkenalkan Projek Spa Tanpa Kedai TWB. 

 ~~~~~






" ...Alhamdulillah 3 hari settle RM1k saya yang seterusnya. Balik rumah melompat terus bagi kat husband... "



Assalamualaikum.

Saya perkenalkan diri sikit ye, nama saya Nadiah.

Ibu kepada dua orang cahaya mata. 

Berumur 31 tahun dan sekarang menetap di Terengganu. Saya merupakaan surirumahtangga sepenuh masa.

Sekarang dah hampir 4 tahun saya tidak berkerja dan tidak mempunyai pendapatan sendiri melainkan duit nafkah yang suami bagi.

Alhamdulillah sekarang saya dah join TWB dan mobile spa saya ialah Na D’Beauty & Spa 😊

Saya ni boleh dikatakan sebelum terjebak dengan TWB ni, memang berada di zon yang selesa. Zon selesa yang sebenarnya kita sndiri yang cipta.

Saya tak ada hutang, ptptn dah langsai, kereta dah habis bayar dan dah ada rumah sendiri. Kira tak ada apa la yang buat saya terfikir nak berbisnes ni. Sehinggalah...

Kenapa Saya Join Projek Mobile Spa TWB?

My turning point is bila somebody yang kira ada pertalian dekat dengan kita, masa tu saya baru habis pantang anak ke-2 selama 48 hari kalau tak silap.

Ada insiden yang menyebabkan saya sedikit stress dan dia smash cakap ‘ nak stress-stress buat apa? Bukan ada buat kerja apa pon kt rumah! ’

Ayat ini lah yang terngiang-ngiang dalam kepala saya hingga buat saya tekad untuk membuktikan yang surirumah ni bukan sahaja duduk goyang kaki je dekat rumah.

Walaupun duduk rumah tapi kita boleh menjana pendapatan dari rumah dan masih boleh jadi surirumah highclass yang KAYA DAN BERJAYA.

Bila saya dah TEKAD tadi, saya tak kira macam mana sekali pun saya kena cari modal untuk join juga spa TWB ni.

Macam Mana Nak Dapatkan Modal Untuk Buat TWB

Saya mula sembang-sembang dengan suami, santai-santai je cerita pasal TWB. Saya tunjuk sikit la gambar-gambar duit kepuk-kepuk yang diorang hantar dalam kelas preview sambil gosok-gosok la sikit suami tu kan, picit-picit. Hehe..

Dan dia tanya modal berapa? Hahhhh apa lagi terus cakap RM1999 pakej seret bag, all in. Mula cik suami diam je, then dia tanya.

“Agak-agak berapa bulan boleh pulang modal tu?” Tak prepare jawapan sebenarnya haha tapi tak tahu mulut ni cepat je jawab “2 bulan”.

Dipendekkan cerita, husband pun bagilah pinjam modal tapi BERSYARAT

1) boleh buat spa on weekend sahaja

2) pastikan BERJAYA

Hah.. Paham dah ayat dia tu berjaya tu means 2 bulan kena bagi balik duit dia lah. Sebab dah cakap 2 bulan lepas tu bila dia dah bagi duit tu siap janji lagi 2 bulan akan bagi balik semua RM1999.

Okay kat sini sebenarnya secara tak langsung saya dah mula buat target iaitu dalam masa 2 bulan saya kena dapatkan balik modal !

So bila dah ada target macam tu saya terus buat kira-kira siap-siap sebab tadi husband bagi syarat boleh buat hari minggu sahaja. So saya kira siap-siap. 2 bulan = 8 minggu = 16 hari(Jumaat DAN Sabtu)

So RM1999/16hari = RM125.

So bila kira-kira, sehari saya kena dapat paling kurang RM125 supaya saya boleh balik modal dalam tempoh 2 bulan tu.

Ini kiraan kasar la tapi atleast bila kita narrow down kan macam ni, baru kita nampak dan kita akan work for it.

Kalau ikutkan RM125 tu saya cuma perlukan 2-3 orang customer je sehari.

Mudahkan? Bila kita clear apa yang kita nak.

Saya training sehari sebelum raya. Petang raya orang tengah sibuk buat persiapan nak raya kita sibuk training spa 😅

Masa tu kira barang-barang wajib tu semua saya dah dapat dan ada tinggal beberapa yang kecil-kecil je lagi yang tak ada (tunggu abang posmen).

Tapi saya fikir waktu raya lah saya boleh reach ramai orang yang saya kenal sedara mara, sepupu dan adik bradik.

Jadi saya beli je dulu mana yang kecil-kecil tu contoh macam headband, mangkuk dan sponge muka. Tak rugi pun sebab lepas tu memang kena topup balik bila kita run facial untuk 2 org sekaligus.

Malam raya saya dah ada customer first haha..

Siapa lagi kalau bukan suami hehe 😂 malam tidur dekat rumah mertua sebab turn raya sana. So saya sengaja facialkan suami dekat ruang tamu.

Daripada nak facialkan suami je, dah dapat facialkan mak mertua dan adik ipar 2 orang. Tak sebut pun berapa harga sebab introduction kan. Dapat la juga RM100 malam raya tu juga 😁

Kebetulan la kot sebab raya kan. So ramai sedara mara yang nak cuba. RM1k pertama tu memang saya dapat daripada kalangan saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan yang terdekat.

Saya tak buat facial sahaja sebab nak balik modal cepat and saya tahu bila suami dah start masuk kerja semula lepas raya saya hanya ada hujung minggu sahaja nak buat spa.

So saya beranikan diri untuk go to full spa treatment terus.

Full treatment saya buat semua kecuali herba sauna sebab belum ada pun lagi. Untuk full treatment spa saya cas RM250 dan nak dijadikan rezeki seorang sepupu dan kakak nak buat, so saya dah ada RM500 kat situ.


Sebenarnya, lepas dah dapat RM1k tu saya stuck juga sekejap sebab dah habis pusing semua sedara mara sepupu kawan-kawan semua dah try. Dalam 2 hujung minggu juga lah kiranya saya tak ada customer langsung. Masa tu dah masuk bulan ke 2 saya buat spa.



So target dah larilah time tu kan sebab dah 2 kali hujung minggu tak ada customer. Iklan promo semua saya dah buat. Blast dekat semua group whatsapp yang ada. Tak senang duduk dah masa tu sebab fikir saya cuma ada lagi 4 hari untuk tunaikan janji saya bagi balik duit suami RM1999.



Tak tahu la mana datang ilham Tuhan bagi tiba-tiba lepas sembahyang asar masa tu, saya terfikir idea yang saya rasa tak tahu la ada ke mana-mana ahli TWB lain pernah buat ke tak.

Tahu apa saya buat? Saya pergi tawarkan service spa saya dengan cara direct selling 😆

Saya jadi terfikir, kalau customer tak cari aku, apa kata aku yang pergi cari customer.

Saya pergi dekat salah satu rumah flat yang kira baru juga la dekat area Kuala Terengganu ni. Flat ni kira belas-belas tingkat juga la.

Dan alhamdulillah mungkin Tuhan nak tolong saya tunaikan juga janji saya pada suami tu, saya round flat tu 3 hari Khamis, Jumaat dan Sabtu..settle RM1k seterusnya 😊

Ingat lagi hari first Khamis tu kebetulan suami cuti, so saya pergi, saya naik sampai tingkat ke 7 dan saya dapat RM350 alhamdulillahhhh sangat.

Jumaat esok tu saya pergi lagi. Saya jadi lagi semangat sebab kelmarin dah dapat lebih pada target kan. Saya pergi first floor tak ada orang nak, second tak ada juga dan third floor pun tak ada juga!

Aduh...

Habis masa round je saya fikir, dah la masa agak terhad sebab suami nak pergi sembahyang Jumaat pula kan.

So sebelah pagi tu saya balik gitu je tangan kosong, tapi rupanya Tuhan nak tengok sejauh mana kita sabar dengan sedikit ujian yang dia bagi.

Saya usaha lagi sebelah petang dan dapat satu rumah ada 4 orang sekali yang nak buat treatment! So alhamdulillah Jumaat tu saya dapat dalam RM240.😊

Hari Sabtu last saya round dan saya memang target nak langsai terus bagi cukup juga RM1k. Memang malam tu sebelum tidur saya dah fikir dah doa banyak kali supaya Allah bagi juga customer pada esok hari untuk saya dapat RM400++.

Dan memang betul subconscious mind(minda separuh sedar) ni sangat POWER. Apa kita fikir, apa kita cakap semua tu DOA. Alhamdulillah 3 hari settle RM1k saya yang seterusnya.

Balik rumah melompat terus bagi kat husband cakap nah tak cukup 2 bulan dah dapat bagi balik RM1999. Kira masa tu ada 1 kali weekend lagi nak cukup ke 2 bulan saya pinjam duit dia 😉

Dan yang paling bestnya sepanjang saya pulun nak dapat balik modal tu, saya dah ada 2 orang customer tetap untuk full pakej spa selama setahun dan 3 orang customer full facial untuk setahun juga.


Syukur sangat Ya Allah. Dia permudahkan jalan sepanjang saya join TWB ni 😊



Dan ramai sangat repeat customer saya dapat daripada flat berbelas tingkat tu.



Jadi nak cakap walau sekecil mana pun usaha kita Allah pandang dan Allah nilai.

Saya memang ikhlas cakap saya bersyukur sangat Tuhan dorongkan saya untuk invest dalam bisnes yang betul. Modal sekali, untung berkali2 👍👍👍

Sekarang, saya dah boleh ada income sendiri 4 angka sebulan hanya dengan mobile spa yang saya buat pada hujung minggu sahaja.

Siapa kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri.

Ada duit sendiri dan duit yang suami bagi sangat berbeza rasanya. Kalau suami bagi, kita rasa macam kena berjimat sket nak belanja. Tapi duit sendiri kita ada sedikit kebebasan nak beli benda benda yang kita suka. 






Semoga semua yang baca preview TWB saya ni dipermudahkan Allah untuk dapat modal RM1999/RM2999 dan terus join TWB secepat yang mungkin.



Akhir kata cari lah your turning point, your push factor, your BIG WHY kenapa aku kena juga join spa TWB ni bulan ni juga.



Then USAHA kan cari modal, kalau macam ada rasa nak give up dah modal tak dapat-dapat, tengok semula apa your push factor tadi, your big why tadi sebab itulah yang akan bagi you semangat balik untuk dapatkan juga modal macam mana cara sekali pun.




InsyaAllah, bila dah terdetik dalam hati, aku nak, mesti ada sesuatu Allah nak beri untuk kita.

Moga mudah semua urusan kalian.

Harap sedikit sebanyak perkongsian saya ini memberi manfaat untuk semua.


Sharifah Nadiah 
Beautician TWB 
Area Kuala Terengganu
013-9832706






Jika anda ingin belajar jana pendapatan harian melalui Mobile Spa seperti Puan Nadiah, boleh hubungi Certified TWB Trainer iaitu SYa 011-33558803 (Click to Whatsapp)untuk maklumat lanjut. 

Comments

Popular posts from this blog

Bahaya toksin dalam badan

Haaa...dalam post yang lepas Sya ada cerita serba sedikit pasal toksin...siapa yang terlepas, boleh klik sini ye... Untuk post kali ni, Sya nak fokus kepada bahaya toksin dalam badan kita.. Seperti gambarajah di atas, toksin akan masuk ke dalam badan melalui 3 cara iaitu: kulit usus jantung Toksin pula akan keluar daripada badan melalui 4 cara iaitu: kulit usus jantung buah pinggang Tetapi, apakah yang akan terjadi sekiranya toksin yang masuk ke dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan? Toksin akan terkumpul di dalam badan dan menyebabkan pelbagai penyakit hasil daripada toksin yang berlebihan!!! Malahj, kesan yang berterusan ini mungkin membawa kepada penyakit yang lebih bahaya!!! Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh? Hakikatnya, pengambilan makanan terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Di samping itu, ma...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Leadership Workshop - Help others to help others

  To be honest, sya rasa sangat² bertuah boleh join workshop ni yang mostly dihadiri oleh para leaders. Masa mula2 sya perasan poster ni Master Zahirah tag Master Ainul & Master Athirah kat facebook, cepat2 sya tanya Kamilah boleh tak nak join? Walaupun dah terang2 tulis kat situ untuk leader, tapi sya fikir, no harm trying right? Sebab sya nak sangat rank Supervisor bulan ni. (Korang tolong doakan sya ye!) Nak tau Kamilah cakap apa?  Ni Master akan pilih under dia siapa yang boleh pergi. And mostly memang leaders. Means, Supervisor and above...memang sya dah tau...tapi saja cuba tanya kan? Masa ni 27/9/2018. Actually sedih sangat..sebab sya dah mula semangat nak target Supervisor bulan ni. And sya fikir, ni la peluang terbaik untuk sya dekat dengan para leaders Shaklee yang hebattt.. Tiba-tiba...pada 2/10/2018 Kamilah tanya Sya plak...   Masa ni macam terkejut jugak...betapa kalau kita...