Skip to main content

Impian saya 2019

Bila cakap pasal impian,  sya yakin semua orang ada impian.  Yang membezakannya ialah how big is your dream.

Pernah kan kita bercita-cita nak jadi orang kaya,  nak rumah besar,  kereta besar.. Betul tak? Hahaha.. tipula kalau kata tak melainkan korang memang dah dilahirkan kaya, mewarisi perniagaan ibu bapa,  7 keturunan pun tak habis makan..

Kalau korang nak tau, sya tak pernah terfikir nak realisasikan impian sya. Bagi sya, impian tu sekadar angan-angan. Seolah-olah kita bermimpi dan bila terjaga, everything is back to reality.

Tapi berbeza sangat bila sya mula bergelumang dalam bisnes shaklee ni.  Semua orang cakap pasal impian, vision,  wishlist bla.. bla.. bla..

Masa sya attend seminar Zero Kos Marketing oleh Dr Azizan Osman pada 2-3 Februari 2019 lepas, antara tugasan pertama yang diminta buat ialah senaraikan impian kita.

Kenapa semua orang bercakap pasal I.M.P.I.A.N?

Sebab dengan berIMPIAN, ia merupakan permulaan kepada kejayaan. Dan apa yang diajar oleh mentor,  berimpian biarlah realistik supaya kita mudah nak capai. Dan dari sini, sya mula berimpian. Sya senaraikan satu-persatu impian sya. Bermula dari impian jangka pendek hinggalah impian jangka panjang.

Korang mesti nak tau apa impian sya 2019 kan?  Let's cekidout..

Sebenarnya ada beberapa impian yang sya dan suami harapkan. Tapi buat masa ni,  sya akan share beberapa yang penting je dulu..

1) Nak beli rumah landed harga sekitar RM500k area Sri Damansara

Sejak sya tinggal di sri damansara dalam tahun 2016, pertama kali datang pun sya dah mula jatuh cinta. Sebab kawasan dia sangat tenang, sejuk,  banyak kemudahan dan sya boleh cakap kawasan dia syurga untuk yang berkeluarga. Sebelum ini,  sya cuma berharap untuk ada 1 property untuk tinggal sahaja. Tapi disebabkan suami sendiri property agent dan sya mula nampak peluang dalam bisnes shaklee,  sya mula nampak property bukan semata-mata untuk tinggal. Tapi juga bagus untuk pelaburan. Kalau bijak percaturan,  property ni boleh jadi passive income kita di masa hadapan. Satu lagi sebab sya suka kawasan ni ialah sebab sistem pendidikan di sri damansara juga banyak pilihan. Bermula dari taska dan tadika, kalau tak silap, lebih 20 pilihan pre-school untuk ibu bapa. Tak kira islamic,  montessari,  permata dan juga chinese-based,  semuanya ada. Begitu juga dengan sekolah. Daripada SK, SRA,  SJK(C) dan juga sekolah swasta, pilihannya sangat banyak. Di sini ibu bapa boleh menilai pendidikan yang terbaik untuk anak². Surau dan masjid juga sangat aktif menyebabkan anak² juga rasa sangat dekat dengan Islam. Penting kan kita pilih persekitaran yang baik untuk anak²? 😍😍😍

2) Kelas berenang, memanah dan berkuda

Mungkin ada yang cakap.. alah, belajar sendiri berenang kat mana² dan bila² pun boleh. Ya.. mungkin bagi orang yang takde hydrophobia macam sya. 😥😥😥 Ingat lagi papa pernah cerita yang sya pernah lemas masa kecik. Sejak tu, sya memang takut air, samada kat kolam renang atau pantai. Sampaikan anak² pun sya tak benarkan mandi kolam melainkan ada suami. Pernah jugak hanis lemas masa dia mandi kolam. Masa tu sya memang ade kat sebelah, tapi sya sendiri takut air.  Macam mana? Menjeritla panggil suami yang masa tu baru je gerak nak pergi bilik air.  Hmmm.. sebab tu sya fikir nak amik kelas berenang untuk atasi masalah hydrophobia ni.  Selain tu memang nak hantar anak² belajar memanah dan berkuda. Untuk renang dan memanah,  actually memang sya dan suami dah amik first step untuk daftar anak² masuk kelas.  Dan Alhamdulillah memang anak² suka sangat.. 
untuk berkuda, insyaAllah kami nak kena kumpul budget dulu.. hehehe.. 😁😁😁

3) Nak buat laser mata (lasik)


Bagi orang yang tak memahami, sebenarnya susah hidup bagi orang berkaca mata ni. Yela,  bayangkan setiap masa nak kena pakai spek kecuali tidur dan mandi (tu pun menggagau cari facial foam nak cuci muka 😂😂😂). Haa.. teruk sangat bunyi nya kan?  Macam orang buta pun ada.. tapi tu la hakikatnya.. tu belum cerita tudung tak jadi sebab pakai spek.. hahahaha.. sya pernah la pakai contact lense.  Tapi sejak lahirkan hanis, rasa macam nak pakai contact lense pun tak sempat. Nak² plak banyak baca cerita pasal mata rosak sebab pakai contact lense terlalu lama. 😰😰😰😰 Sya pun pernah tertidur dengan contact lense. Alhamdulillah masih bernasib baik tak jadi apa². Sebenarnya sya dah survey beberapa tempat untuk buat lasik ni. Antaranya ialah Prof Muhaya. Tak silap harga dia RM7,000 dua belah mata tau!!!
Apa pun, kita pasangla angan² dulu. Sya percaya,  bila kita tulis dan baca hari² impian kita ni, Allah akan lorongkan jalan untuk kita. Sebab Allah kan bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Bila kita tulis impian,  baca hari² sama jugak macam kita doa hari². Cepat atau lambat,  insyaAllah akan dimakbulkan. 



Tula dulu antara impian sya untuk 2019 yang sya boleh kongsi buat masa ni. InsyaAllah,  siapa pun yang baca post ni,  tolongla sama² doakan ye! Sya juga akan doakan impian korang akan tercapai suatu hari nanti.. Aminnn

Comments

Popular posts from this blog

Set Tekanan Darah Rendah Shaklee

Pernah ke anda terasa hendak pitam selepas duduk terlalu lama atau tundukkan kepala? Selain itu, pernahkah anda mengalami gejala seperti ini? # cepat lelah # pening kepala ketika posisi badan berubah # sukar untuk berkonsentrasi # mata berkunang-kunang # mual # kulit terasa dingin # pucat dan lembap # pernafasan cepat dan pendek # berpeluh sejuk # cepat haus Kalau jawapan anda adalah YA ini bermakna anda seorang penghidap hipotensi atau tekanan darah rendah. Pengalaman Sya apabila nenek Sya sendiri menghidap hipotension. Pada awalnya Chek (nenek Sya) menghidap tekananan darah tinggi dan kencing manis sejak bertahun lamanya. Apabila terlalu banyak consume ubat daripada hospital, Chek akhirnya disahkan menghidap buah pinggang. Ironinya, tekanan darah tinggi dan kencing manis memang hilang terus.  Suatu hari, Chek tiba2 tak sedarkan diri. Siapa tak takut kan? Dengan usia Chek dah mencecah 80an..kami memang rasa nak nangis...dan Dr sahkan Chek mengalami tekanan d...

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB

Assalamualaikum …Selamat datang! Ibu-ibu sedang mencari-cari servis dan produk penjagaan ibu bersalin dan bayi? Tahniah kerana ibu-ibu sudahpun landing di page yang tepat! Sebab di sini terdapat pakej berpantang yang ibu-ibu sedang cari.  10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang The Walking Beauty (TWB) 1) Harga berpatutan Harga yang ditetapkan berdasarkan pakej yang diperlukan oleh pelanggan. Kami sedaya upaya mencuba untuk memuaskan hati pelanggan. 2) Therapist yang berpengalaman Untuk pengetahuan anda, therapist yang dikeluarkan oleh TWB telah menjalani latihan yang sewajarnya bagi memastikan servis yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. 3) Therapist di pelbagai negeri Untuk pengetahuan anda, therapist TWB berada di pelbagai negeri. Anda hanya perlu hubungi pihak kami untuk mendapatkan therapist yang berdekatan dengan kawasan anda. 4) Pakej Berpantang yang lengkap Dan kami juga menawarkan pakej penutup pantang dimana tujuan pakej in...

AKU, SUSU & OSTEMATRIX

Ok..nak cerita pasal Aku, Susu dan Ostematrix! 😄 😄 😄 Untuk yang mengenali sya, memang diorang tau sya ni memang sukaaaa minum susu daripada kecik. Sebab sya sangat yakin susu adalah sumber kalsium yang terbaik. Tambah² lagi sangat takut kalau dengar pasal Osteoporasis  Pernah masa darjah 6, sya pegi dentist nak tampal gigi. Masa Dr tengah tampal tu memang tak rasa apa². Sampai 2-3 kali Dr tanye awak tak sakit ke? Sya cakap tak.. Pastu Dr. bagitau gigi sya memang kuat sebab cukup kalsium. Sejak daripada tu sya sangat² yakin susu adalah sumber kalsium yang terbaik. Dan kalau boleh tak nak tinggal susu. Masa mengandung walaupun ada alahan sikit² pun Alhamdulillah sya masih boleh telan susu.  Ingat lagi masa mengandungkan anak first, Nur Hanis Qaisara. Husband sya sangat rajin beli macam² susu. Anmum, Enfamama dan macam² lagi la sebab bagus untuk ibu mengandung. Masa pregnant kan Nur Rania Qasreena pun sama. Memang masa mengandung sya akan min...