Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2016

Oh No!!! Banyaknye Toksin!!!

 Tahukah anda..banyaknya toksin dalam badan kita dipengaruhi oleh pengambilan makanan, minuman, ubat-ubatan dan persekitaran yang tidak bersih. Lebih menimbulkan masalah, toksin mendap yang mask ke dalam badan kita tidak dapat dikeluarkan secara maksimum menjadikan badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan sering sakit.  Sebelum kita mendalami tanda-tanda badan penuh toksin, jom kita ketahui dulu apa itu toksin. Apakah itu toksin? Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Kita boleh mengenali toksin berlebihan dalam badan dengan melihat kepada simptom-simptom yang...

Sakit Jantung..Bagaimana ia meyerang!!!

  Pernahkan anda terfikir apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua? Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality). Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an. Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman berkata,  faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu. Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.  Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berken...

Lelaki hebat..lelaki yang sihat...

Bila sebut pasal kecantikan dan kesihatan, kaum wanita, isteri atau ibu sangat sinonim dengan penjagaan kesihatan dan kecantikan. Namun begitu, lelaki, suami  atau bapa  merupakan hero kita. Selain menjadi tempat anak dan isteri bergantung, merekalah jualah yang menjaga dan mencari rezeki siang dan malam buat  menyara seisi keluarga. Oleh itu, penjagaan kesihatan untuk kaum lelaki juga merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan bagi memastikan kelangsungan hidup yang sihat. Akibat kurangnya pendedahan atau sikap tidak ambil peduli, kaum lelaki juga terdedah untuk menghadapi pelbagai  masalah kesihatan  seperti  penyakit jantung , penyakit kencing manis ,  obesiti , strok  dan banyak lagi. Justeru kesihatan golongan ini tidak seharusnya dipandang enteng. Kaum lelaki juga seharusnya perlu mengambil cakna tentang masalah kesihatan yang sering dihidapi lelaki dan seterusnya mengambil langkah pencegahan awal. Masalah Kesihatan Yan...

New Enrollment Shaklee

PERHATIAN!!! PERHATIAN!!! PERHATIAN!!! Shaklee buat tawaran istimewa lagi uolls.. Special untuk anda yang ingin mendapatkan keahlian shaklee..shaklee menawarkan 2 pakej istimewa.. Hmm..cakap pasal istimewa ni..iolls nak cakap awal2 yg iolls memang jeles habis ngan uolls..kenapa masa iolls daftar ahli haritu takde macam ni??? Ish..ish..ish..boleh ke iolls nak daftar ahli semula??? Ngeh..ngeh..ngeh Baiklah..untuk anda yang berminat, sya nak cerita pasal tawaran istimewa ni. Tawaran ni berlangsung dari 1-15 Oktober 2016 je tau!!! Kalau terlepas, jangan nangis guling2 bagitau sya nak dapat tawaran hebat macam ni lagi tau!!! Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..hihihi Pakej istimewa pendaftaran keahlian baru: 1) FREE LECITHIN = pendaftaran keahlian + buat pembelian sebanyak 100uv. 2) FREE VITAMIN C + KEAHLIAN PERCUMA = buat pembelian 200uv. Hey..hey..hey..uolls rasa siapa yang nak bagi tawaran best macam ni? Lepas ni belum tentu lagi Shaklee nak bagi...