Assalamualaikum.. Apa khabar 2016 kita? Dah tercapai ke segala azam yang dilakar masa awal2 tahun dulu..jika belum, mungkin boleh renew untuk tahun 2017. Azam ni kalau boleh kita bahagikan kepada jangka pendek dan jangka panjang. 1) Jangka pendek ialah matlamat yang kita letakkan kurang daripada 6 bulan. Matlamat ni mestilah ringkas dan mudah dicapai. 2) Jangka panjang bagi sya ialah tempoh untuk matlamat kita dicapai ialah 6 bulan ke atas. Macam mana nak pastikan impian kita tercapai? 1) Senaraikan dengan detail apa impian kita. Kalau boleh letak tarikh bila kita nak capai. Kalau boleh letak gambar cantik2 lagi bagus. Lagi detail, lagi bagus. 2) Tampal senarai impian kita di tempat yang mudah dilihat. Kalau sya, sya tampal kat dinding betul2 depan sejadah. Kenapa? Lihat 3. 3) Transfer impian kita sebagai doa. Kalau boleh, doa pun kita buat skrip. Baca ulang-ulang setiap kali lepas solat. 4) Jangan lupa usaha untuk capai impian kit...